Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi, 29, menafikan dakwaan yang rumah tangganya berantakan disebabkan orang ketiga dan tidak tahu dari mana khabar angin itu datang.
Menurut Hafidz, hubungannya bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri adalah baik-baik sahaja dan tiada keperluan untuk dirinya memberi komen mengenai dakwaan yang dianggap tidak berasas itu.
"Saya tak tahu nak cakap apa, isu itu tiba-tiba datang menyerang dan saya rasa tidak perlu nak komen apa-apa. Saya dan isteri masih bahagia dan menjalani hidup seperti biasa," katanya memetik laporan dari mStar pada 2 Februari lalu.
Hafidz turut memuat naik gambar baharunya bersama isteri bagi menjawab fitnah tersebut agar dapat menghentikan netizen daripada terus bergosip mengenai rumah tangganya.
Bagaimanapun, isterinya pula mengeluarkan kenyataan sebaliknya di Instastory baru-baru ini yang ditujukan kepada orang ketiga berkenaan.
"Thank you sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak I. Thank you sebab runtuhkan rumah tangga I. Thank you sebab sesama perempuan pun you sanggup tengok perempuan lain menderita sebab nak 'fight for your love'.
"Thank you sebab bahagia atas penderitaan kami. Thank you sebab layan DIA. Semoga Allah Maha Adil akan membuatkan you menderita berjuta kali sakit dari I dan anak-anak.
"Perempuan tak tahu malu. Kalau I nak jatuhkan you, sekejap je dah boleh viral siapa penyondol tu. Tapi I tak buat, I tunggu Allah balas," katanya.
Menurut Nurul lagi, wanita itu bukanlah seperti Ira Kazar, tetapi jauh lebih 'advanced' lagi dan spesis terkutuk.
Dalam kenyataan itu itu juga, Nurul mengakui silap dirinya yang terlalu bersangka baik sehingga kebaikannya itu diambil kesempatan oleh orang ketiga.
"Jangan jadi isteri bodoh macam I, bersangka baik/hudnuzon kononnya. Makanlah kau sangka baik kau tu sekarang. Yeap betul, saya yang salah. Saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh," katanya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul pada 30 April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu 9 September.
Sumber: Forum Cari