Loading...
TR

Bayi berusia 2 bulan meninggal dunia akibat ditindih badan ibunya yang tertidur ketika sedang menyusukan anaknya



Seorang bayi berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia akibat ditindih badan ibunya, Dewi Sartika, 37, secara tidak sengaja ketika sedang menyusukan mangsa, dalam kejadian yang berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia, Rabu, 15 Februari 2023. 


"Ibunya sedang menyusukan anak di dalam kereta. Ketika itu, ibunya tertidur," kata jurucakap pihak berkuasa. 


Menurut saksi kejadian, Dewi menangis dan tidak mampu berkata apa-apa apabila mendapati bayi yang sedang disusukannya itu tertindih dan meninggal dunia. 


Difahamkan, Dewi dan keluarganya tinggal di dalam kereta itu kerana tempat tinggal mereka ditenggelami banjir. Suami Dewi pula bekerja sebagai Ojek Online. 




Pihak polis kini sedang menyiasat kejadian itu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa. Ibu bapanya juga akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. 


Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. 


Sumber: Kumparan

About Cite Malaya

Powered by Blogger.