Wanita yang dikaitkan dengan kes curang pelakon Hafidz Roshdi baru-baru ini tampil memohon maaf kepada Nurul Shuhada Mat Shukri.
Athira Yuhada berkata, dia seorang insan yang lemah dan mementingkan diri sehingga mengganggu rumah tangga pasangan itu.
"Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya dengan hati terbuka ingin memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar.
"Apa yang saya lakukan ini sangat mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya beberapa kali sejak sembilan tahun lalu, saya sedaya upaya cuba mengelak. Namun akhirnya perkara ini berlaku kerana mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya.
"Saya akui saya insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi ini. Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan berlaku lagi.
"Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar," katanya menerusi hantarannya di Instagram.
Sebelum ini, Nurul Shuhada mendedahkan rumah tangganya berantakan disebabkan orang ketiga. Hafidz bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan di media sosial menyebabkan ramai netizen tertanya-tanya akan kesahihan dakwaan curang itu.
Sumber: Instagram Athira Yuhada