Loading...
TR

Remaja lelaki pengsan selepas mendapati dirinya dikelilingi 500 gadis dalam Dewan Peperiksaan



Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Dinia berasa sangat gementara kerana menjadi satu-satunya lelaki dalam bilik peperiksaan yang penuh dengan ratusan kanak-kanak perempuan, sehingga dia jatuh pengsan. 


Ramai golongan muda mengalami sedikit kebimbangan (anxiety) apabila berinteraksi dengan atau berada dekat dengan individu berlainan jantina. Tetapi pada sesetengah orang, perasaan ini sangat menggembirakan sehingga ada yang pengsan. 


Contohnya, Manish Shankar Prasad, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Kolej Allama Iqbal di Bihar Sharif, yang sepatutnya mengambil ujian matematik pada akhir bulan lalu tetapi tidak pernah mendapat peluang untuk berbuat demikian kerana dia tidak sedarkan diri selepas mendapati dirinya dikelilingi 500 gadis di dewan peperiksaan. 


"Hanya dia seorang sahaja lelaki, bersama dengan 500 kanak-kanak perempuan di pusat pemeriksaan yang menyebabkan dia pengsan dan mengalami demam," kata ibu saudaranya kepada agensi berita ANI. 


Manish kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. 


Bapa Manish, Sachchidanand berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas beberapa jam pengsan dan dia sangat terkejut apabila berdepan dengan situasi itu sehingga mengalami kesukaran untuk bnercakap apabila ditanya apa yang menyebabkan dia pengsan. 




Tidak pasti bagaimana Manish boleh dimasukkan ke dalam bilik yang penuh dengan kanak-kanak perempuan untuk peperiksaan matematik, tetapi pihak berkuasa percaya bahawa dia mungkin secara tidak sengaja meletakkan jantinanya sebagai perempuan pada borang permohonan. 


Doktor mengesyaki Manish mengalami ginophobia iaitu ketakutan yang tidak rasional terhadap wanita atau mungkin disebabkan sikap pemalu Manish yang kuat. Namun apa yang pasti, Manish memerlukan sedikit masa untuk pulih selepas kejadian itu dan tidak tidak mengambil peperiksaan tersebut untuk seketika. 


Sumber: Oddity Central

About Cite Malaya

Powered by Blogger.