Diiklan sebagai cara untuk membolehkan pasangan jarak jauh mengalami keintiman fizikal, Remote Kiss bergantung pada sensor tekanan dan silikon lembut untuk mencipta semula ciuman penggunanya di mana-mana sahaja, selagi penerimanya juga mempunyai aksesori tersebut serta sambungan internet.
Menurut beberapa sumber, alat pelik itu juga boleh mengesan dan meniru suhu bibir pengguna, termasuk bunyi cumbuan seseorang.
Aksesori itu dikatakan telah berada di platform dagangan online negara itu, Taobao, sejak sekian lama dan baru-baru ini ia menjadi tular selepas orang ramai berkongsi gambar produk itu di media sosial.
Remote Kiss hanya berfungsi apabila kabelnya disambungkan pada port pengecasan telefon.
Pencipta Remote Kiss, Jiang Zhongli, yang merupakan graduan Institut Teknologi Mekatronik Vokasional Changzhou berkata, dia mencipta aksesori itu dan memohon paten pada 2019. Tetapi paten itu tamat tempoh pada tahun ini dan versi komersial dengan cepat muncul di platform dagangan online.
Zhongli mengakui terkejut apabila melihat hasil ciptaannya itu menjadi begitu popular dan berharap ada pihak yang akan menambah baik reka bentuknya di masa akan datang.
Remote Kiss masih dijual di platform Taobao dengan harga 288 yuan atau RM185.
Remote kissing device for long-distance lovers, invented and patented by Chinese university student in Changzhou City.
— China in Pictures (@tongbingxue) February 22, 2023
The mouth-shaped module, served as an inducing area for lovers to make the kiss and then it can transfer kiss gesture to the "mouth" on the other side. pic.twitter.com/5i2ogMiUXe
Sumber: Oddity Central