Loading...
TR

(Video) Penyampai berita didakwa keluarkan kenyataan perkauman, tetapi Awesome TV tegaskan mereka hanya gesa orang Melayu keluar mengundi



Dua penyampai Berita 7.57, saluran Awesome TV didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman ketika bersiaran pada 3 November lalu. 


Lapor Harian Metro, dua penyampai berkenaan didakwa menggesa pengundi Melayu untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) bagi mengelakkan kuasa politik jatuh ke tangan bukan Melayu. 


Selain itu, mereka menyatakan pengundi Melayu harus menunaikan kewajipan mereka dengan mengundi untuk menghalang kebangkitan ahli politik bukan Melayu. 


Dalam siaran itu, turut dipetik data dari Pusat Institut Dasar Huayan untuk kajian masyarakat Cina di Malaysia yang mengatakan 80 peratus pengundi Cina dijangka membuang undi, manakala 10 peratus lagi tidak mahu mengundi. 


"Semua pengundi Melayhu mesti keluar mengundi untuk menunaikan kewajipan sivik mereka jika mereka tidak mahu kuasa politik dikuasai oleh kaum lain... jika Pakatan Harapan (PH) menang," kata penyampai berita terbabit. 


Tambahnya, jika orang Melayu tidak mengundi, ahli politik yang tidak sepatutnya memegang kuasa akan berkuasa dan meminggirkan hak Melayu.


Dia juga mengingatkan pengundi Melayu untuk mengambil kira kegagalan kerajaan PH sepanjang 22 bulan memerintah dengan mendakwa PH lebih mengutamakan isu bukan Melayu. 



Klip siaran berita itu kemudian tular di media sosial dan mengundang banyak kecaman netizen yang bengang dengan penyampai berita itu menyampaikan berita bersifat perkauman. 


Bagaimanapun, stesen penyiaran Awesomet TV tampil mempertahankan penyampai beritanya dan menegaskan kakitangannya hanya sekadar menggesa pengundi Melayu untuk keluar mengundi kerana kerajaan baharu mungkin tidak akan mengutamakan kebajikan mereka sekiranya mereka tidak keluar mengundi. 


"Laporan itu adalah untuk untuk mengukuhkan tanggungjawab di kalangan orang Melayu bahawa mereka perlu melaksanakan hak mereka sebagai rakyat dan pengundi. Jika tidak, kerajaan yang tidak mengikut keutamaan mereka akan memerintah Malaysia sehingga menjejaskan kebajikan mereka. 


"Ini adalah premis pelaporan berita dan ia bukan sentimen perkauman," kata kenyataan ringkas dari jurucakap Awesome TV kepada portal Malay Mail. 


Sumber: Harian Metro, Malay Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.