Golongan ibu hamil beragama Islam sebaik-baiknya mendapatkan khidmat bersalin dari doktor wanita atas faktor menjaga aurat. Bagaimanapun, sekiranya keadaan tidak mengizinkan maka proses bersalin perlu diteruskan menggunakan khidmat doktor lelaki atas faktor perubatan dan keselamatan si ibu dan bayinya.
Baru-baru ini tular di media sosial, kenyataan seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang berpendapat bahawa, seorang suami dianggap sebagai dayus sekiranya membiarkan lelaki lain melihat aurat isterinya ketika bersalin.
"Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki.
"Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana," katanya.
Jelasnya, pada zaman ini sudah ramai doktor wanita yang boleh menguruskan ibu hamil untuk bersalin dan tiada alasan yang masuk akal untuk si suami membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi mereka.
"Suami tak rasa cemburu ke membiarkan lelaki lain melihat bahagian bawah isteri? Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain melihat aurat isterinya, bawah tempat rahsia yang hanya suami saja tahu.
"Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main. Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau isteri kamu bersalin dan disambut lelaki yang bukan suaminya.
"Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya," tegasnya.
Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, Siti Afifah menyarankan golongan suami mengumpul wang dalam tempoh sembilan bulan semasa isteri mengandung untuk membiayai kos bersalin di hospital swasta yang dianggarkan sebanyak RM4,000.
@sunnahtidakberbohong #AlhamdulillahmasihadalelakidiberikefahamanolehAllah #sunnahtidakpernahberbohong ♬ bunyi asal - Siti Afifah Shahbudin
Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang mengkritik kenyataan ustazah berkenaan yang dianggap hanya pandai bercakap tanpa memikirkan situasi orang lain.
"Maaflah ustazah, apa kata ustazah bini hospital khas untuk golongan ibu-ibu hamil untuk bersalin dengan harga marhaen? Terima kasih untuk peringatan," kata Lion Mom.
"Amboi sedap ye ustazah bercakap. Kalau gaji CEO boleh lah. Ustazah bini hospital bersalin dengan doktor wanita dan caj perkhidmatan yang dikenakan mampu ditanggung oleh rakyat marhaen, boleh?" soal Spread The Truth.
"Ustaz Azhar Idrus beritahu, tak apa kalau darurat dan tiada doktor perempuan dan masa itu hanya ada doktor lelaki sahaja. Itulah yang saya pernah dengar dari penjelasan Ustaz Azhar," kata Zarifa.
"Kami orang susah, mana mampu nak pergi bersalin di hospital swasta. Allah yang tahu kami ibu-ibu bersalin, janji kami semua selamat bersalin," kata Maszura.
Sumber: TikTok Siti Afifah