Loading...
TR

Bapa rogol anak tiri sampai hamil 7 bulan, dipenjara 12 tahun & 10 sebatan



Mahkamah Sesyen Tawau semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol anak tirinya pada Ogos 2021. 


Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lius Jappa, 41, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadpanya. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan warga Indonesia itu bekerja sebagai buruh ladang didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah di Jalan Bukit Quoin pada jam 8 pagi antara 1 hingga 30 Ogos 2021. 


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun, dan hukuman sebat jika disabitkan bersalah. 


Menurut fakta kes, guru sekolah curiga melihat keadaan perut mangsa lalu dibawa ke Hospital Tawau untuk melakukan pemeriksaan pada 21 September 2022. Hasil pemeriksaan oleh doktor bertugas mengesahkan, mangsa hamil tujuh bulan. Pihak hospital kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kesan trauma yang dialami mangsa. 


"Dalam kes ini, mangsa masih muda. Kelak terpaksa menjalani hidup sebagai ibu tunggal tanpa suami dan anak tanpa ayah. 


"Rayuan yang dikemukakan tertuduh juga sedikit pun tidak menunjukkan perasaan insaf atau menyesal atas perbuatan yang telah dilakukannya," katanya. 


Mahkamah kemudian memerintah tertuduh dipenjara selama 15 tahun dan 10 sebatan. Selain itu, tertuduh akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk dihalau pulang ke negara asalnya sebaik selesai menjalani hukuman penjara. 


Sumber: Berita Harian

About Cite Malaya

Powered by Blogger.