Loading...
TR

(Video) 'Abg takde adab dengan isteri saya, saya takde adab dengan abg!' - Peniaga NSFEST kena marah sebab tegur penampilan isteri orang, tapi...



Gara-gara menegur penampilan seorang pengunjung wanita di Negeri Sembilan Festival 2022 (NSFEST 2022), seorang peniaga buku dimarahi di depan khalayak ramai. 


Berdasarkan video yang dimuat naik oleh wanita terbabit menunjukkan, suaminya memarahi peniaga itu yang didakwa tidak beradab dengan isterinya menyebabkan dia bengang. 


"Jaga adab tu bang! Abang tak ada adab dengan isteri saya, saya tak ada adab dengan abang! Okey?! Ingat, dosa dia (isteri) saya tanggung!" tegasnya. 


Enggan memanjangkan hal itu, peniaga berkenaan akur dan menyentuh bahu lelaki itu serta dipercayai telah memohon maaf di atas kejadian itu. 


Menurut Mia Khalidah, dia ditegur oleh peniaga berkenaan berhubung penampilannya. Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu, Mia terus memberitahu suaminya yang terus berdepan dengan peniaga berkenaan. 


@miakhalidah Harini jalan2 dgn kesayangan dunia akhirat ❤️ @M I N @fakha @ezzuchang ♬ double take - dhruv


"First time nampak suami I marah orang macam ni. I terkejut dia terus pergi sound abang ni selepas i beritahu dia. 


"Time ni I rasa bangga jap sebab nampak suami I gentleman sangat bila orang kacau bini dia. Love you sayang. 


"Abang ni (peniaga) jual buku kot kat event ni. Bila I lalu sebelah, dia terus cakap 'Tak malu ke pakai macam ni?'. I terus pandang dia dan jeling, beritahu suami sebab dia still duk pandang-pandang. 


"Perempuan please hati-hati kalau lalu sebelum abang ni," katanya. 


@miakhalidah Perempuan please hati2 kalau lalu sebelah abg ni.. #fyp #nsfest #foryoupage #sharingiscaring #mohonshare ♬ original sound - MiaKhalida


Di ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi negatif dan positif. 


"Betul, dia suruh jaga adab. If you're stranger, as Muslims, you should tegur in private or whispers to the husband. Itu cara yang sah," kata Izara. 


"Kalau aku, aku tak bangga pun kalau laki aku macam ni. Aku lagi malu sebab kita ada suami, patut suamilah yang tegur cara pakaian isteri, bukan orang lain," kata Mellow Ais. 


"Nak backup isteri dah betul, tapi itulah tak kena tempat. Last-last semua orang backup pakcik tu," kata Tuan MD Zaki. 


Melalui pemerhatian di ruangan komen, majoriti netizen menyokong tindakan peniaga berkenaan membuat teguran itu meskipun pahit untuk ditelan. 




Sumber: TikTok Mia Khalidah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.