Loading...
TR

Harga rumah mampu milik akan turun 50% jika BN berjaya tawan Selangor - kata MCA



Bagi menawan semula Selangor, Malaysian Chinese Association (MCA) mencadangkan harga rumah mampu milik di negeri itu akan diturunkan sebanyak 50 peratus sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu di Pilihan Raya Umum (PRU) 15. 


Ketua MCA Selangor, Ng Chok Sin berkata, harga rumah mampu milik di bawah program kerajaan negeri ketika ini berharga RM250,000 dan akan dikurangkan kepada RM125,000 jika rakyat Selangor memberi mandat kepada BN untuk menerajui negeri itu di PRU15. 


Ketika berucap di Konvensyen BN Selangor semalam, MCA berharap BN juga akan meneliti pemberian bantuan kepada usahawan khususnya wanita dengan menyediakan modal dan latihan untuk mereka. 


"Akan wujud pusat sehenti merangkumi semua agensi kerajaan berkaitan untuk memanfaatkan usahawan dalam usaha menjadikan Selangor (sebagai) hab keusahawanan terbesar di negara ini," katanya. 


Untuk pengetahun umum, Selangor telah diperintah oleh Pakatan Rakyat sejak 10 Mac 2008, selepas BN gagal mempertahankan negeri itu. 


Menurut laman Wikipedia, Selangor merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita, selain memegang status negeri termaju di Malaysia kerana adanya infrastruktur yang terbaik seperti lebuh raya dan pengangkutan awam yang menghubungkan bandar-bandar di Selangor dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 


Sumber: The Star, Free Malaysia Today, Wikipedia

About Cite Malaya

Powered by Blogger.