Loading...
TR

'Kau apa hal?!' - Jeritan suspek sebelum kelar isteri & anaknya



Seorang jiran, Ahmad Zaini Ismail, 39, mendakwa dia terdengar suspek menjerit "Kau apa hal?" kepada isterinya sebelum wanita itu bersama bayinya ditemui mati dalam kejadian di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam. 


BACA: (Video) Isteri & anak maut dikelar, suami lari dalam keadaan bogel berjaya ditahan


Ahmad Zaini yang bekerja sebagai mekanik ketika itu sedang membaiki kereta suspek di hadapan rumah pasangan berkenaan kira-kira jam 3 petang dan terdengar jeritan suspek yang dipercayai ditujukan kepada isterinya. 


"Ketika itu saya di depan rumah, memang saya dengar suara lelaki itu menjerit sebelum kejadian berlaku. 


"Sebelum itu, saya nampak dia biasa saja. Kami ada berbual ketika itu, saya memang tidak menyangka perkara ini berlaku," katanya. 


Anak kepada Ahmad Zaini, Mohd Noor Haikal, 14, mengakui ternampak suspek mengheret isterinya dari dalam rumah, sebelum dia pergi ke sekolah. 


Menurut Mohd Noor, mangsa yang diheret kelihatan tidak bergerak dan berlumuran darah sebelum ditinggalkan suspek di hadapan pintu rumah. 


"Saya kemudian mendengar anak mereka menangis dan nampak suspek masuk ke dalam rumah mengambil anaknya dan kemudian meletakkan bayi itu di tepi ibunya. 


"Saya nampak suspek pegang pisau pemotong daging, tetapi saya takut dan terus bergerak menaiki motosikal bersama abang saya untuk ke sekolah. 


"Saya tidak mahu masuk campur, tetapi saya tidak menyangka anak mereka turut dicederakan," katanya yang mengalami trauma sehingga tidak jadi pergi ke sekolah. 


Seorang lagi saksi, pemilik warung berdekatan lokasi kejadian, Rosimawati Ramli, 36, berkata, suspek sebelum itu ada datang ke warungnya untuk bersarapan pada jam 7 pagi. Malah katanya, suspek turut membayar makanan pelanggan lain. 


"Saya terkejut dia kata nak belanja pelanggan lain sebab dia tak pernah buat begitu walaupun dia seorang yangg baik. Ketika itu dia bayar RM20 untuk nasi lemak dan lontong yang dibeli pelanggan," katanya. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.