Loading...
TR

'Dia kemurungan & selalu menangis' - Remaja dakwa dirogol abang kandungnya sejak berusia 11 tahun


Seorang remaja perempuan berusia 14 mendakwa dia dirogol oleh abang kandungnya sendiri sejak tiga tahun lalu semasa dia berusia 11 tahun dan 12 tahun. 


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, perkara itu terbongkar selepas mangsa mengadu nasib malangnya itu kepada sepupu wanita. 


Difahamkan, mangsa dan dua adiknya bersama dengan suspek berusia 23 tahun tinggal bersama dengan sepupu mereka selepas ibunya meninggal dunia. Perkara itu terbongkar selepas sepupunya hairan melihat mangsa yang kemurungan dan selalu menangis. 


Setelah ditanya, mangsa mendedahkan dia menjadi mangsa rogol abangnya. Malah lelaki itu turut memaksa dia melakukan perbuatan terkutuk lain untuk memuaskan nafsu. 


Mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, suspek yang juga tidak bekerja telah ditahan semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi kesalahan amang seksual fizikal. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.