Loading...
TR

'Saya dapat surat amaran sebab tak hadir ke sekolah 3 hari' - Ain dakwa dia diancam buang sekolah, tetapi netizen mula luah rasa tak kena


Semalam, Ain Husniza Saiful Nizam, remaja di sebalik pendedahan guru membuat jenaka mengenai kes gangguan seksual di sekolahnya, memuat naik kenyataan di Twitter yang mengatakan dia menerima ancaman tindakan buang sekolah. 


"Saya mendapat surat amaran pertama kerana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari, yang mengatakan saya juga boleh dibuang sekolah. 


"Pada hari surat itu dihantar, juga hari yang sama ayah saya bertemu dengan pengetua dan dia kata dia menyokongg saya pada hari itu. Tetapi dalam masa yang sama, perkara ini juga yang berlaku. 


"Tak tahu lah guys, mungkin kita boleh bersangka baik cikgu lain yang hantar surat amaran ini. Entahlah, saya pun tak nak buat andaian yang bukan-bukan," tulisnya. 


Selain itu, Ain juga mempersoalkan mengapa dia diberi amaran sedemikian, sedangkan dia hanya meluahkan pendapat dan pemikirannya mengenai perkara yang dibangkitkan. 


"Di manakah kita sebagai pelajar yang seharusnya merasa selamat sekarang? Saya mendapat surat amaran bahawa saya akan diusir keran bercakap mengenai perkara yang betul. 


"Guru itu dan pelajar yang membuat ancaman rogol tidak diambil tindakan terhadap mereka, tetapi saya diusir. Ini akan merosakkan hidup saya. 


"Kami selalu diancaman dan mereka selalu berjaya. Sekarang untuk sekali, suara kami sebagai pelajar didengar dan saya ingin meminta kalian, orang dewasa, pendidik, pemerintah, ahli politik, tolong selamatkan kami. Kami hanya mahu selamat di sekolah kami sendiri," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen memberi reaksi yang berbeza. Ada yang menyokong, ada juga yang sebaliknya sehingga ada yang berpendapat isu ini terlalu diberi perhatian oleh media sehingga membuatkan ramai yang mula meluat. 


"Tidak hadir tiga hari berturut-turut atau tujuh hari tidak hadir tanpa surat tunjuk sebab, maka akan diberi surat amaran pertama dan seterusnya. 


"Korang ingat senang ke pihak sekolah nak buang pelajar? Banyak pertimbangan dan peluang diberikan jika ibu bapa bekerjasama," kata Sham Mohd. 


"Maaf nah nak cakap sikit. Dulu aku kesian gak dekat dia ni. Tetapi sekarang, maaflah. Korang dah report polis, biarlah polis menjalankan siasatan. Pastu duduk rumah senyap-senyap tunggu siasatan selesai. 


"Ini makin hari makin ada je cerita yang timbul. Korang memang tengah cari publisiti ke? Kalau tak nak anak bersekolah di situ, pindah saja ke sekolah lain. Ini, masih nak mencetuskan kontroversi," tulis Muslim Hamzah. 


"Yang pasal lawak rogol itu, aku sokong dia, memang tak patut. Tetapi bila dia start nak play victim macam ni, aku tak suka sikap itu. Amaran saja, kau dah tak datang sekolah memang dapatlah surat amaran. Semua sekolah macam tu, itu SOP. Bapa dia kenalah bagi surat kepada sekolah dan alasan kenapa tiga hari tidak datang ke sekolah. SOPnya sekolah kerajaan, perlukan hitam putih, nak kena masuk dalam sistem," kata Nur Hidaya Abd Kadir. 



Sumber: Sinar Harian, FB Oh! Bulan

About Cite Malaya

Powered by Blogger.