Di kala ada selebriti yang membeli karpet di Nilai 3 yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP), berbeza pula dengan model dan pelakon wanita berusia 33 tahun ini yang memilih membeli karpet secara online sahaja.
Anzalna Nasir, berkongsi dengan pengikutnya di Instagram bahawa dia tidak sabar dan sangat teruja untuk menyambut hari raya di rumahnya tidak lama lagi. Dan dengan itu dia membeli karpet baharu untuk menimbulkan lagi suasana dan mood nak beraya.
"Tak lama lagi dah nak raya! Saja bagi feel nak raya tu, so kita tukar carpet baru beli online saja..." tulisnya.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari netizen. Meskipun tidak menyebut nama atau ditujukan kepada sesiapa, netizen bagaikan faham-faham sendiri dan memuat naik komen berbentuk sinis di ruangan komen.
"Bagus Anzalna, beli karpet online pun boleh. Tak payah sampai ke Nilai 3," tulis Farah.
"Itulah orang bijak, pastu jelita plak. Benda boleh beli online, buat apa nak merentas negeri?" tulis Syamimi.
"Dia ni yang sepatutnya jadi winner Dewi Remaja 2010. Juri buat keputusan yang salah besar," tulis Siti.
"Ni mesti dah lama peram nak post something macam ni. Hahaha!" seloroh netizen.
Sumber: Instagram Anzalna Nasir