Loading...
TR

'Saya sakit hati, dia kata saya menganggur & takde gaji' - Suami bunuh isteri hamil 5 bulan kerana cemburu pernah dicurangi


Seorang lelaki di Surabaya, Indonesia, tergamak membunuh isterinya sendiri sebelum membuat laporan palsu mengenai kehilangan mangsa. 


Suspek yang dikenali sebagai Jony Pranoto Kasum, 27, didakwa membunuh isterinya, Putri Ima Camelia Sandy, 26, yang sedang hamil lima bulan. 


Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Gayungan, Hedjen Oktitanto berkata, suspek membuat laporan palsu itu pada Khamis, 22 April 2021, kira-kira jam 3 petang. 


"Suspek sempat membuat laporan palsu berhubung kehilangan isterinya sebelum mangsa ditemui mati di perkarangan parkir berdekatan pejabat Ulama Jatim, setelah juru parkir terhidu bau yang kurang menyenangkan," katanya. 



Suspek membuat laporan palsu itu dipercayai untuk mengaburi pihak polis dan keluarga mangsa. 


Selain membuat laporan palsu, ujian saringan air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis methampethamine atau dadah jenis syabu. 


Suspek dalam pengakuannya berkata, dia bertindak sedemikian kerana berasa cemburu dia pernah dicurangi oleh mangsa. Jony juga mengaku dia terkesan dengan kata-kata mangsa yang mengejeknya. 


"Saya sakit hati, dia kata saya penganggur dan tiada pendapatan. Akhirnya saya hilang sabar lalu mencekiknya sebelum menekap mukanya dengan bantal," jelas Jony. 



Difahamkan, mayat mangsa sempat dibiarkan begitu sahaja di kediaman mereka selama dua hari dan akhirnya mayatnya dibuang oleh suspek di lokasi mayat mangsa ditemukan. 


Suspek mengakui dia sedar isterinya hamil lima bulan. Pasangan itu seringkali bertengkar kerana urusan menjaga anak pertama mereka. - Agensi

About Cite Malaya

Powered by Blogger.