Loading...
TR

'Rumah banyak selipar/kasut, kita akan periksa' - Polis Kedah kali ini tegas, mahu pastikan tiada yang berani merentas negeri sepanjang raya ini


Penduduk di Kedah diingatkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemeriksaan terhadap rumah yang mempunyai sejumlah kasut dan selipar yang banyak bagi mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri sepanjang raya ini. 


Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, seluruh anggotanya telah  diarahkan untuk membuat rondaan secara kerap di seluruh negeri.


"Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak. 


"Bukan sekadar kereta, kita tengok banyak selipar, kasut di rumah itu banyak, juga akan kita periksa," katanya. 


Selain itu, operasi sekatan jalan raya (SJR) juga akan diperketatkan bagi menggesan mereka yang cuba merentas negeri termasuk ada yang cuba menggunakan permit palsu untuk memperdayakan anggota bertugas di SJR. 


"Periksa surat dengan terperinci. Saya sudah keluarkan arahan kepada semua anggota di SJR dan pasukan pemantauan supaya lebih tegas dalam melakukan pemeriksaan itu. 


"Saya menyeru agar semua pihak jangan sesekali membawa dokuman palsu kerana mereka akan dikenakan denda yang tinggi," tegasnya. 


Sumber: Utusan Online

About Cite Malaya

Powered by Blogger.