Umum tahu perubahan mendadak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengundang pelbagai reaksi rakyat sehingga trending di media sosial.
Ramai yang mengaku terkejut dengan penampilan baharu Rina yang dikatakan berubah dalam masa yang amat singkat. Ada netizen mendakwa Rina dipercayai menjalani prosedur bariatrik yang menelan kos puluhan ribu ringgit.
Bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengenai perubahannya itu, Rina menjawab dia hanya melakukan aktiviti sukan berbasikal dan diet dengan azam untuk hidup sihat.
Reporter: “you look fit, how do you do it?”
— not typical. (@JustinTWJ) February 9, 2021
Rina Harun: “Cycling, diet and it is important that the intention is to be healthy” pic.twitter.com/U5dZUeGUWM
Dan baru-baru ini juga, viral di media sosial sesi photoshoot Rina memperagakan baju kurung hasil dari lensa Man Kajang yang mula menjadi pertikaian netizen. Tweet yang mula dibangkitkan oleh individu ini mula mendapat perhatian dan ramai yang bersetuju dengan tegurannya itu.
"Seronok Rina Harun fefeeling model when there are kids starving and dying, women being domestically abused and raped. Tapi takpe, kita ke Man Kajang luuuuuu," tulis Elliecat.
Padu! Tak usah jadi menteri la, baik jadi model fulltime. pic.twitter.com/NBejpmlJRv
— bronx (@laserx12) February 14, 2021
Bekas Ketua Yayasan Kebajikan, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim turut meluahkan rasa kesalnya dan tidak berkenaan dengan tindakan Rina menjadikan pejabat menteri sebagai studio penggambaran fesyen.
"Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri, tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model.
"Satu ketika dahulu pejabat di tingkat 38 yang indah ini sibuk dengan segala urusan rakyat. YB Menteri terlibat dalam perbincangan pembentukan pelbagai polisi dan undang-undang bagi menjaga nasib wanita Malaysia, keluarga, kanak-kanak dan masyarakat.
"Satu lepas satu mesyuarat dan perbicangan dibuat oleh YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan). Beratur kami di luar menunggu giliran dipanggil untuk memberi maklumbalas hal ehwal rakyat. Tidak ku sangka pejabat yang sama telah menjadi studio model meraga pakaian raya 2021 mungkin.
"Sebagaimana sabda Nabi Muhammad (SAW): "Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya: "Bagaimana maksud amanah disia-siakan?" Nabi menjawab: "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (HR Al-Bukhari)
Sumber: Elliecat, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim