Loading...
TR

'Patut la gaduh, awal² dah ada backup' - Lelaki gaduh dengan bini, lari menumpang di rumah ibu tunggal dicekup PADK


Seorang penjawat awam berusia 35 tahun dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di rumah wanita berstatus ibu tunggal di Taman Serai Wangi, Padang Serai. 


Pegawai Penguat Kuasa PADK, Azwan Azman berkata, pihaknya terdahulu menerima aduan awam mengenai kegiatan maksiat di rumah itu sebelum membuat serbuan.


Sebaik anggota penguat kuasa PADK tiba di lokasi, pintu diketuk dan dibuka ibu tunggal berusia 39 tahun itu yang membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. 


"Kita menemui lelaki itu dan anak lelakinya berusia empat tahun berada di dalam sebuah bilik, manakala seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai anak wanita berkenaan sedang tidur di bilik lain. 


"Hasil soal siasat mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram menyebabkan pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat," katanya. 


Lelaki terbabit yang bekerja dan menetap di Pulau Pinang itu memberikan alasan dia terpaksa membawa anak lelakinya menumpang di rumah rakan wanitanya itu kerana bergaduh dengan isteri yang juga penjawat awam. 


Sementara itu, ibu tunggal berkenaan pula bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Bertam dan mempunyai empat orang anak. 


Pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.