Viral di media sosial video seorang lelaki mencekup isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam bilik hotel. Video yang dimuat naik di YouTube Kongsi Viral baru-baru ini menunjukkan, si suami tidak dapat menahan emosi memarahi isterinya bertubi-tubi.
Sementara pasangan curang wanita itu hanya menundukkan kepala dan sesekali kedengaran seperti dia dipukul kerana menjalinkan hubungan dengan isteri orang.
Walaupun sudah jelas kedua-duanya ditangkap berdua-duaan dalam satu bilik, mereka berdua bermati-matian menafikan tidak melakukan apa-apa. Mendengar pernafian itu membuatkan si suami bertambah berang. Manakan tidak, isterinya berada di dalam bilik bersama dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu.
Anak pasangan itu turut kelihatan berada di lokasi kejadian. Si kecil itu hanya berdiri memerhati dan mengikuti bapanya yang memarahi isteri dan lelaki perosak rumah tangga itu.
Dalam video kelihatan si suami bersama dengan beberapa individu lain termasuk seorang pengawal keselamatan menunggu di depan pintu bilik hotel. Sebaik saja pintu dibuka, si suami terus meluru masuk.
Suami: Apa kau buat ni?
Isteri: Tak buat apa-apa.
Suami: Tak buat apa kepala hotak kau! Dalam bilik, satu hotel. Apa yang kau buat ni? Haa!? Apa benda kau buat ni? Apa kau buat ni aku tanya!
Lelaki: Tak buat apa pun.
Suami: Tak buat apa kepala hotak kau! Duduk satu hotel, tak buat apa! Ha!? Buat apa?!
Isteri: Eh? Sumpah demi Allah tak buat apa.
Suami: Pala hotak kau duduk satu hotel tak buat apa! Kau tak kesian ke dekat anak kau?! Satu hotel tau tak?! Tak buat apa kepala hotak kau! Satu hotel?!
Isteri: Sumpah demi Allah aku tak buat apa!
Suami: Ambik kau! Kau nak main gile dengan aku?! Satu hotel duduk, satu bilik, satu katil! Tak buat apa-apa? Kepala bapak kau! Kau nak bapak kau tengok video? Okey aku akan send kat bapak kau!
Isteri: Tak payahlah rakam.
Suami: Rakam je! Tunjuk muka ni, ni ni muka ni! Tak fikir malu?! Anak-anak dah besar!
Suami: Kau ni jantan jenis apa?! Aku nak tanya kau. Kau tau dia bini aku kan?! Berapa lama dah kau buat kerja ni? Kau kenapa?!! Berapa lama?! Berapa lama aku tanya!!!
Suami: Tunggu polis sampai, telefon pejabat agama sekarang. Eh kau (isteri) tak payah pakai tudung lah! Tak payah, tak payah pakai tudung. Dah berzina, nak pakai tudung.
Isteri: Aku tak berzina lah!
Suami: Kepala bapak kau! Kau satu bilik
Di media sosial, netizen mengecam perbuatan tidak bermoral si isteri dan lelaki terbabit. Tidak kurang juga yang bimbang dengan keadaan anak kecil itu yang mungkin akan terkesan dari segi mental kerana menyaksikan sendiri ibunya curang dengan lelaki lain.
Sumber: YouTube Kongsi Viral