Susulan kenyataan Wani Comel yang membuat tuntutan terhadap janji-janji yang ditaburkan sebelum dilantik menjadi duta produk, usahawan kosmetik yang terpalit dengan isu ini iaitu Dato' Aliff Syukri Kamarzaman tampil memberi penjelasan awal.
Dalam penjelasan yang dibuat melalui Instagramnya itu, Aliff membidas segala dakwaan Wani dan meminta wanita itu sedar akan kedudukan dirinya yang pernah dibantu dan melihat siapa yang bakal disaman di penghujung hari nanti.
ALHAMDULILLAH, saya tunggu-tunggu juga akhirnya hari ini berlaku. Saya simpan segalanya dari hari pertama saya berjumpa dengan beliau. Tunggu penjelasan saya pada Isnin nanti jam 2 petang.
Ikut hati, nak jawab juga hari ini tapi tak ada persediaan dari segi masa. Biar anda sendiri menilai dan kami tahu siapa punca perkara ini.
Saya akan menjawab semua persoalan dengan segala maklumat yang ada dalam perjanjian, tidak separuh-separuh seperti yang dibaca. Dengar boleh, tapi pastikan dengar kedua-dua belah pihak.
Jangan pernah melupakan mereka yang peduli dengan kamu ketika kamu susah, serta jangan melupakan orang yang sudah membantumu. Bahkan ketika kamu tiada yang mahu membantu.
Saya dah lama beritahu dalam Facebook yang saya buat bariatrik pada Wani Comel atas nasihat doktor. Saya siap post pada tarikh 19 Ogos 2019. Saya sertakan screenshot dari Google dan gambar Wani di hospital.
Benda dah lama kenapalah baru nak cerita. Ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang, research habis-habis okay. Jangan separuh jalan.
Ini saya cerita sikit je tau, nak tahu details semua voice dan agg kita tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang bakal saya ambil kepada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk menjatuhkan saya. Penatlah melayan orang-orang ini. Saya nak berniaga tau, saya tak kacau orang.
Kepada Wani, terima kasih banyak-banyak. Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga. Awak nak harap duit bantuan sampai bila?
Sepanjang rawatan, kos semua saya tanggung, coach terapi kaki, makan, tempat tinggal semua saya yang tanggung. Seposen pun tak minta duit awak adik Wani. Jadi jangan menangguk di air yang keruh.
Kita lihat siapa yang kena saman dan rasanya korang tahu kot siapa yang cucuk si Wani ni kan. Korang rasa siapa? Seronok saya baca komen netizen. Bukan apa, netizen sekarang bijak-bijak.
Pada pandangan korang, Wani jadi macam tu sebab apa ek? Saya ni malas nak cari gaduh dengan orang. Saya harap semua rakyat Malaysia faham-faham sajalah. Kepada adik Wani, kita tengok siapa yang kena saman.
Ingat ye, yang saya hantar gambar itu baru satu peratus sahaja, belum lagi 99 peratus. Jadi, tunggu hari Isnin ini jam dua petang. Kita tengok, kita tengok okay.
Sumber: Instagram Aliff Syukri