Loading...
TR

(Video) Kucing hampir muntah & mata terjojol selepas hidu bau krim masam


Seekor kucing hampir muntah setelah menghidu bau makanan yang paling tidak digemarinya. Menurut pemiliknya, kucing bernama Melyash dari Moscow ini, tidak dapat menerima bau krim masam. 


Video menunjukkan kucing berbulu putih itu duduk dan pemiliknya membuka bekas makanan itu di hadapannya lalu dihidu oleh haiwan peliharaan tersebut kerana sifatnya yang ingin tahu. 


Kucing itu terus berpaling selepas menghidu krim masam itu dan serta merta ia berasa loya dan hampir muntah dengan matanya yang hampir terkeluar dari sekolah. 


Video berdurasi enam saat itu dirakam di Rusia pada Sabtu, 14 November 2020 dengan kapsyen, "Kucing Belyash tak suka krim masam". 


Difahamkan, kucing tidak begitu menggemari produk tenusu seperti krim masam dan susu, hanya sebilangan kecil produk tenusu yang dapat diterima, walaupun dalam kartun sering menggambarkan haiwan itu diberi semangkuk susu. 


Sekiranya kucing mengambil terlalu banyak susu, ia boleh menyebabkannya sakit dan cirit-birit. Tetapi ada sesetengah kucing sangat menyukai krim masam dan menikmatinya dalam kuantiti kecil sebagai makanan ringan. 



Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.