Semalam, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan tampil mempertahankan tindakan kerajaan menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikatanya bukan unit propaganda, tetapi untuk mendengar rintihan rakyat.
"Jasa adalah Jabatan Hal Ehwal Khas, peranannya berubah mengikut situasi semasa. Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat dan pada masa yang sama, rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan.
"Bukan untuk propaganda seperti dulu. Era itu sudah berakhir," jelas Wan Saiful melalui akaun Facebooknya semalam.
Terdahulu, banyak pihak termasuk rakyat menyelar tindakan kerajaan memberi peruntukan RM85.5 juta kepada unit propaganda itu dalam Belanjawan 2021, yang dikatakan tidak wajar.
Sedangkan peruntukkan sebanyak itu boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih baik. Malah, tindakan kerajaan menghidupkan semula JASA yang telah dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini seperti tidak yakin dengan kewujudan Jabatan Penerangan yang telah wujud sejak sekian lama.
Bekas Ketua Pengarah JASA, Mohd Puad Zarkashi juga tampil bersuara meminta pihak KKMM usah menafikan fungsi sebenar JASA itu yang sememangnya berkaitan dengan politik.
"Saifuddin Abdullah tidak perlu defensif bahawa Jasa tidak ada kaitan politik kepada kerajaan.
"Dalam kenyataannya, Jasa akan bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik. Itu memang tujuan Jasa. Ia tetap dikaitkan dengan politik. Jangan apologetik," katanya yang juga tidak bersetuju dengan jumlah peruntukkan yang diberikan kepada JASA.
Sementara itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik status Facebook yang ringkas tetapi 'deep' dipercayai sebagai satu sindiran yang ditujukan kepada Wan Saiful dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin politik yang seteru dengannya.
"Nak dengar rintihan rakyat, boleh baca page Facebook saya atau PM8. Nak tengok makian berpanjangan, boleh baca page Facebook PM4/7/7i, Kit Siang atau Twitter Lid. Harga, free!" tulisnya.
REAKSI NETIZEN?