Setelah beberapa hari video kontroversi yang membabitkan anak perempuan penyanyi Nora Ariffin viral di media sosial, akhirnya remaja lelaki terbabit tampil bersuara.
"Assalamualaikum. Saya Mohd Zuher ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Puan Nora dan juga ahli keluarga saya.
"Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Puan Nora iaitu Putri untuk dijadikan 'viral'.
"Saya juga amat menyesali apa yang saya lakukan terhadapnya. Saya ingin meminta jasa baik warganet untuk hentikan penularan video itu.
"Akhir kata, saya ingin memohon maaf atas penularan video itu," katanya.
LAPORAN BERKAITAN