Loading...
TR

'Tak perlu jatuhkan orang lain untuk naikkan orang/produk' - Siti Sarah dikecam netizen kerana didakwa hina rambut Orang Asli


"Thank you kak Siti Sarah sebab hina Orang Asli. Take care, may Allah bless you," demikian tweet Uncle Barry semalam yang mula mendapat perhatian ramai. 

Penyanyi Siti Sarah mula menjadi tumpuan ramai dan video dirinya berkata seperti itu juga turut dimuat naik oleh Uncle Barry. 

Berdasarkan video tersebut, Siti Sarah dilihat sedang mempromosikan produk syampu di sebuah salon yang menurutnya bagus dan boleh mengurangkan bau rambut selepas seharian memakai tudung. 

"Thank you so much, seronok sangat kat sini. Kena datang lah. Walaupun pakai tudung, pun kena. Sebab nanti buka, nanti aib pun kena. Rambutnya dah rupa Orang Asli," katanya disusuli dengan ketawa. 



Kenyataannya itu membuatkan netizen dan khususnya Orang Asli tidak berpuas hati. Tidak kurang juga ada yang berpendapat, isu itu tidak perlu diperbesarkan. 

"Maaf, Orang Asli ni memang tak maju, tak ada rupa dan aku pun Orang Asli. Sebagai seorang peminat, kamu dah buat kami kecewa dan hilang hormat terhadap kamu," kata Izlan. 







Sumber: Astro Gempak, Uncle Barry

About Cite Malaya

Powered by Blogger.