Loading...
TR

(Video) Doakan pelajar mati kerana mengeluh join class online, 2 guru dikecam teruk netizen


Padah mendoakan yang bukan-bukan buat pelajar yang mengeluh belajar secara online, dua guru wanita ini dikecam dengan teruk di media sosial. 

Sedangkan seorang guru itu sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar yang diajarnya. 

Video dua guru terbabit tersebar di Instagram sejak 12 September 2020 yang menunjukkan kedua-duanya memakai pakaian seragam, membuat video TikTok di dalam kelas. 

Kapsyen dalam video ditulis, 

"Ketika para pelajar mengeluh belajar online. Ya Allah, cabut nyawa mereka." 

Ramai netizen yang mengecam tindakan dua guru terbabit. Malah menganggap perbuatan mereka itu biadab dan tidak mempunyai etika sebagai seorang guru. 

"Guru macam apa tu? Kenapa gurunya jadi begitu? Tak ada akhlak, tidak mencerminkan dirinya layak untuk dicontohi pelajar," kata Endah Hamzah. 

"Seragam coklat? Guru? Pecat saja. Macam mana diorang boleh jadi cikgu dengan akhlak macam ni. Semoga anak aku tak dididik oleh cikgu macam ni," kata Rian Puspita. 

"Memalukan profession guru je diorang ni," kata Rica Putri. 

Ada beberapa guru juga tampil memberikan reaksi bahawa mereka malu dengan perbuatan dua warga pendidikan berkenaan. 

"Parah. Aku yang sebagai guru pun malu tengok video ini. Kesian tengok, yang pasti diorang berdua ni bukan guru sebenar, mungkin hanya praktikal sahaja," kata Cikgu Asiafahmi. 

Banyak pihak yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dua guru terbabit. 

Sumber: Urban Asia

About Cite Malaya

Powered by Blogger.