Loading...
TR

'Kami harap parti MUDA tidak dibayangi parti politik sedia ada' - Netizen mahukan perubahan, sokong usaha Syed Saddiq


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pertubuhan (RoS). 

Syed Saddiq mengingatkan, jika terdapat sebarang halangan untuk mendaftarkan parti itu, ia pasti akan mengundang kecaman masyarakat kerana terdapat cubaan untuk menghalang usaha melakukan perubahan baru.

Untuk pengetahuan umum, tujuan Anggota Parlimen Muar itu menubuhkan parti baharu yang berasaskan golongan muda dari pelbagai kaum, adalah bagi mengambil alih pentas politik, sekali gus menukar muka-muka lama dengan memberi ruang kepada golongan muda. 

Jelas Syed, MUDA boleh disertai oleh pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur yang ditetapkan. Parti baharu ini akan akan dipimpin oleh anak muda dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk aktivis, tokoh korporat dan pendakwah agama. 

Muda akan dibiayai oleh individu dan korporat (13 penaja setakat ini)  bagi memastikan kebebasan dan ketelusan, bebas dari politik wang. 

Struktur organisasi MUDA juga akan diumumkan dalam masa terdekat. 

Dalam wawancara bersama BFM hari ini, Syed mengesahkan MUDA merancang untuk bertanding dalam pilihan raya. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat keputusan tersebut sama ada MUDA patut menyertai mana-mana gabungan parti politik sedia ada. 

Di media sosial, hashtag #MUDAsudahMULA kini trending dan ramai golongan anak muda memberi respon yang positif terhadap usaha Syed Saddiq. 

Twitter rasmi parti Muda yang baru saja diwujudkan sejak Ogos lalu kini sudah mempunyai lebih dari 10,000 pengikutnya yang tidak sabar menunggu perubahan yang dijanjikan.













Sumber: Bernama, Twitter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.