Loading...
TR

Tukang paip tikam pelanggan sampai mati kerana minta diskaun


Seorang tukang paip di Kazakhstan didakwa membunuh pelanggannya setelah mangsa meminta diskaun, sebelum menikam ibu mangsa dan jirannya dengan kejam. 

Lelaki berusia 43 tahun itu telah menikam Inna Murzaeva, 32, hingga mati sebelum mencederakan ibunya dan jiran lelaki yang berusaha menlindungi mangsa. 

Keadaan dua mangsa masih kritikal dan suspek telahpun ditangkap. 

Kejadian mengerikan itu berlaku di bandar Almaty, timur Kazakhstan, pada 4 September lalu.

Menurut laporan, Inna menggunakan khidmat tukang paip itu yang ditemuinya di internet. Rundingan di antara mereka bertukar menjadi pertengkaran setelah mangsa meminta suspek menurunkan harga perkhidmatannya. 

Suspek kemudian mengeluarkan pisau buatan sendiri dari poket lalu menyerang Inna dan ibunya yang berusia 63 tahun. 

Suara jeritan mangsa kemudian didengari oleh lelaki yang tinggal berhampiran lalu bergegas datang menghulurkan bantuan, tetapi dia juga ditikam oleh suspek. 

Suspek segera melarikan diri dan saksi ternampak suspek berlari keluar dari rumah mangsa dalam keadaan berlumuran darah. 

"Lelaki itu memegang senjata seperti pisau buatan sendiri dengan darah yang menitis dari objek itu. Kami terus menghubungi polis dan ambulans," kata saksi. 

Inna bagaimanapun tidak dapat diselamatkan berikutan kecederaan parah akibat ditikam suspek. 

"Tekak mangsa mengalami luka parah dan tiada sesiapa yang dapat hidup dengan kecederaan seperti itu," kata rakan mangsa, Oksana Feller. 

Dua lagi mangsa dikejarkan ke hospital dan keadaan mereka kritikal kerana kecederaan parah. Salah seorang mangsa mengalami luka tikaman di ventrikel kiri jantung dan paru-paru. Manakala seorang lagi ditikam berkali-kali di muka, leher dan lengan. 

Berdasarkan maklumat saksi, polis berjaya menahan suspek kurang sejam selepas kejadian itu. 

Semasa disoal siasat, suspek berkata, "Saya nak mengambil pisau itu dan memasukkannya ke badan (Inna). Sebelum ini saya tidak pernah memukul wanita".

Sementara itu, Pemangku Keta Polis Negara, Tanat Nazanov berkata, suspek ditahan dan akan didakwa kerana membunuh. Jika didapati bersalah, lelaki itu akan dihukum penjara sehingga 15 tahun. 

Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.