Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.
Kejadian berlaku pada malam Selasa (8/9/2020) di Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, berhampiran Parcel B, Putrajaya.
Menurut sumber, Angkatan Pertahanan Awam dan paramedik dari Hospital Putrajaya berada di lokasi kejadian dan cuba memberi bantuan awal tetapi mangsa telah meninggal dunia.
Difahamkan, mangsa, Muhamad Fadzli Ayob, 24, merupakan kakitangan restoran McDonald's Shaftbury Putrajaya dan ketika kejadian, sedang dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.
Ada segelintir netizen membuat spekulasi mangsa mungkin melanggar lampu merah. Tetapi dakwaan itu dinafikan oleh individu yang dipercayai kenalan mangsa.
"Maaf, ini bukan sebab langgar lampu merah ye. Ini salah lori berhenti betul-betul di tepi selekoh, tanpa ada kon atau lampu. Arwah tak nampak," kata Fatin Hanani Nani.
Ramai netizen yang bersimpati mengucapkan takziah dan sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa.
Dalam masa yang sama, netizen turut menasihatkan golongan rider food delivery ini sentiasa berhati-hati dan tidak menunggang secara melulu di mana tindakan seperti itu boleh membahayakan diri dan pengguna lain.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS