Loading...
TR

'Hantar sampai atas la bodoh punya rider!' - Customer maki & ugut bunuh mak ayah penghantar makanan


Sejak dari usia muda, kita sentiasa dididik untuk menunjukkan rasa hormat dan beradab apabila berurusan atau berhadapan dengan orang lain. Tetapi lelaki ini pula memilih untuk menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan rasa kesal penghantar makanan yang menerima pesanannya. 

Terdahulu, lelaki yang bernama Rizz yang berasal dari Semenyih, membuat pesanan makanan secara online. Dalam pesanannya itu, turut disertakan mesej kepada penghantar makanan seperti berikut:

"Hantar sampai atas la bodoh bebal punya rider. Aku bayar tau delivery charge babi. Jangan sampai aku bunuh mak ayah kau nanti," tulisnya. 

Jangankan penghantar makanan, sesiapa saja yang membaca mesej seperti itu sudah tentu berasa kurang senang dan mahu saja menolak dari menghantar makanan kepadanya.

Namun disebabkan rasa bertanggungjawab menjalankan tugas secara profesional, penghantar makanan itu meneruskan perjalanan ke kediaman lelaki berkenaan.

Ia tidak berakhir di situ, lelaki itusekali lagi menghantar mesej dengan perkataan tidak sepatutnya kepada penghantar makanan dan mendesaknya menghantar makanan itu sehingga ke tingkat 21. 

Disebabkan kebiadabannya itu, pengadu memuat naik gambar-gambar tersebut untuk tatapan netizen betapa kurangnya adab lelaki berkenaan.  




Sumber: Kiriman Netizen

About Cite Malaya

Powered by Blogger.