Dalam kejadian yang berlaku di Sumatera Selatan, mangsa berusia 52, berjaya melarikan diri ke balai polis berdekatan untuk meminta bantuan.
Ketua Polis Penukal Abab Lematang Ilir (PALI), Yudhi Suharyadi berkata, suspek berusia 34 tahun itu cuba memperkosa mangsa tetapi gagal apabila mangsa berjaya melarikan diri.
Suspek bertindak melepaskan tembakan, namun tembakan itu tersasar dan mangsa berjaya menyelamatkan diri.
Suspek kemudian ditahan dan polis terpaksa menembak kakinya kerana dia melawan ketika ditahan.
"Suspek didakwa mahu memperkosa ibunya sebelum menembak wanita itu ketika berlari menyelamatkan diri, namun tembakannya tersasar," katanya.
Polis juga merampas senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
"Suspek mengaku membeli pistol itu dengan harga 400,000 rupiah (RM114) kononnya untuk keselamatan diri. Tetapi siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui kegunaan sebenar senjata itu.
"Jika sabit kesalahan, suspek berdepan dengan hukuman penjara lebih 10 tahun di bawah akta pemilikkan senjata api serta cubaan memperkosa," katanya.
Sumber: Kompas, Harian Metro