Kejadian itu berlaku pada jam 5.45 petang di mana Perodua Alza berkenaan membawa lebih kurang 10 penumpang sebelum terbabit dalam kemalangan itu sehingga menyebabkan para penumpangnya tersepit.
Menurut sumber, tujuh yang maut membabitkan dua kanak-kanak, dua lelaki dewasa dan tiga wanita, manakala tiga lagi mangsa yang cedera adalah dua kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa.
Anggota bomba dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba di lokasi kejadian mendapati tiga mangsa masih tersepit dalam kenderaan dalam keadaan parah.
Mayat semua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat.
Sumber: Harian Metro