Persatuan Haiwan Malaysia melalui Facebooknya berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Ogos lalu yang mengorbankan seekor kucing dan seekor lagi cedera parah di bahagian kepala.
Menurut pemilik kucing itu, suspek juga merupakan jirannya dan itu bukanlah kejadian pertama kali berlaku.
Sebelum ini suspek juga pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap haiwan peliharaan jirannya iaitu pada 1 Ogos 2020.
Difahamkan, suspek berbuat demikian kerana tidak berpuas hati haiwan itu sering lalu dan berehat di halaman rumahnya.
Persatuan Haiwan Malaysia kini sedang menunggu pemilik kucing membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya agar suspek ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang atas dakwaan sengaja membunuh haiwan peliharaan.
Pistol angin merupakan senjata yang dikategorikan berbahaya dan mampu membunuh manusia terutamanya kanak-kanak jika disalahgunakan. Apatah lagi jika digunakan untuk membunuh haiwan dengan sengaja.
Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia