Loading...
TR

2 gadis kantoi songlap duit kompeni RM17,000 untuk kegunaan sendiri


Disyaki pecah amanah dengan mengelapkan wang syarikat lebih RM17,000, dua pekerja butik di sebuah pusat beli-belah di Sungai Petani ditahan.

Perbuatan dua gadis itu yang masing-masing berusia 19 dan 22 tahun hanya disedari oleh majikan selepas melakukan audit ke atas akaun syarikat. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mereka direman selama empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. 

Majkan mendakwa semakan audit yang dibuat mendapati hasil jualan diperoleh tidak sama dengan laporan yang dikemukakan kepadanya. 

Difahamkan, suspek perlu memasukkan hasil jualan setiap hari ke akaun syarikat dan menghantar rekod hasil jualan kepadanya melalui aplikasi WhatsApp. 

Malangnya, sejak 21 Julai hingga 16 Ogos, suspek tidak berbuat demikian yang mendorong wanita itu membuat semakan audit dan hasil jualan yang diterima pada tempoh tersebut adalah melebih RM26,000. 

Ketika dia bertanya pada dua suspek terbabit mengenai hasil jualan itu, kedua-duanya memberikan pelbagai alasan dan hanya menyerahkan kembali wang sebanyak RM8,734 sebelum mengaku menggunakan wang itu yang diambil secara berperingkat dari hasil harian untuk kegunaan sendiri. 

Kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. 

Sementara itu di media sosial, netizen juga memberi pandangan masing-masing mengenai kes ini.





Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.