Bukan hanya sebuah negara, malahan seluruh dunia berjaga-jaga dengan wabak atau virus terkini yang menyerang manusia. Sehingga semalam, kes positif Covid 19 di Malaysia sudah mencatat 99 kes. Walaupun begitu, kes ini dapat ditangani sebaik mungkin oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di sebalik keresahan wabak ini, usah kita lupakan insan-insan di sebalik tabir yang sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk pesakit-pesakit. Pengorbanan mereka tanpa penat dan lelah dan ada ketikanya terpaksa melupakan seketika untuk mengisi perut. Demikian juga harapan doktor ini kepada masyarakat untuk terus menyokong dan memberikan kerjasama kepada mereka.
OUR battle against Covid 19.
"Dah makan dah?" tanya kami kepada salah seorang doktor petugas di khemah saringan wabak Covid19.
"Tak sempat lagi doktor.. " jawabnya.
Jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Ada tujuh lagi orang yang belum disaring, manakala 16 telah berjaya disaring. Petugas kami masih belum sempat sentuh makan tengah hari yang disediakan dapur hospital. Kenapa iye?
Selain dari beban pesakit yang ramai, durasi untuk proses saringan seorang pesakit boleh mengambil masa sehingga 45 minit. Petugas perlu menyalin PPE mereka (personal protective equipment seperti mask, double gloves, face shield, Apron, etc) untuk SETIAP pesakit yang disaring.
Manakala, pemakaian dan penanggalan PPE pula perlu dilakukan dengan 'sequence' yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau menghidu Droplet covid19 yang berpotensi terlekat pada PPE mereka.
Beginilah keadaan senario yang berlaku di khemah saringan setiap hari. Doktor, misi, MA dan Atendan Kesihatan kami bekerja tanpa henti menyaring pesakit PUI (Person under Investigation).
Mereka mula bertugas pada pukul 8 pagi tadi, dan akan terus melihat pesakit hingga 8 malam sebelum syif bertukar . Syif mereka adalah 12 jam.Kenapa 12 jam? Kerana setakat ini, jumlah 'pool' kumpulan doktor yang telah dilatih agak kecil dan jumlah ini masih belum membenarkan syif selama 8 jam dilaksanakan (3 syif/hari).
Tidak lama lagi, jumlah ini akan bertambah dari 26 orang hingga 40+, setelah doktor yang direkrut dari semua jabatan dan unit lain di hospital melengkapkan modul latihan yg telah ditetapkan. Begitu juga misi, MA dan Atendan.
Cuba tuan-puan amati gambar layout khemah saringan. Perlu kami perjelaskan bahawa ruang saringan perlu dipisahkan dari ruang klinikal jabatan kecemasan (Emergency Department, ED). Ini adalah untuk mengelakkan pesakit rutin ED bercampur dengan PUI dan seterusnya menghadkan penularan wabak di ED.
Dan kita perlu faham yang ED kami tetap menerima kes kecemasan seperti biasa (statistik 2017 menunjukkan sejumlah 130, 000 pesakit menerima rawatan di ED iye).
Maka di atas sebab ini, dan juga akibat kekangan ruang, lokasi khemah saring terpaksa diletakkan di luar ED berdekatan dengan bilik dekontaminasi.
Jadi, petugas saringan kami, yang lengkap memakai PPE yang berlapis-lapis, terpaksa bekerja di luar bangunan hospital. Unit OSH kami telah mengukur suhu di khemah dan mendapati ianya adalah boleh mencapai 33-35 darjah celcius! Ini bermakna petugas kami terdedah kepada 'heat stress'.
Menyedari ini, pihak pengurusan sedang bertungkus lumus mencari portable A/C untuk diletakkan di khemah. Namun ianya perlu diletak di lokasi yang betul untuk mengelakkan potensi 'Droplet' dari PUI Covid-19 dari merebak ke kawasan sekeliling.
Begitulah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pasukan petugas kami. Beban kerja yang tinggi, waktu bekerja yang panjang dan persekitaran tempat kerja yang tidak ideal. Inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kita semua.
Oleh itu, kami amat berharap tuan puan untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada petugas kami. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami apa yang berlaku di khemah saringan Covid-19 di hospital-hospital sekitar Lembah Klang kini.
Sila tekan butang share sekiranya dirasakan bermanafaat.
P/S: kudos kepada rakan kami di Hospital Sungai Buloh dan HKL yang merupakan 'Admitting hospitals' yang berhadapan dengan cabaran yang lebih besar merawat pesakit Covid-19 yang telah kami saring dan hantar kepada mereka!
P/S2: learn about National Fatigue Management Campaign at My REST. Please like the page to get updates. Jazakumullahu khair.
Sumber: Ferwahn Fairis