Loading...
TR

(Video) 'Gila budak ni!' - Padah cuba lari dari polis trafik, penunggang motosikal melambung sebelum jatuh terseret


Viral di media sosial malam tadi video seorang penunggang motosikal yang dipercayai tidak mempunyai lesen cuba melarikan diri dari ditahan anggota polis trafik. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Jalan Kampung Gelas Mas menuju ke Bunut Susu, di Pasir Mas, Kelantan. 

Berdasarkan video viral itu, anggota trafik berkenaan cuba mengarahkan suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 tanpa memakai topi keledar itu berhenti. Malangnya, arahan itu tidak diendahkan dan suspek terus memecut melarikan diri. 

Anggota itu kemudian mengekori rapat motosikal suspek di bahu jalan.


Akibat kecuaian diri, motosikal suspek terlanggar jalan berlubang lalu menyebabkan dia hilang kawalan, melambung sebelum terhempas dan terseret beberapa meter. 

Tidak diketahui apa yang terjadi selepas itu, tetapi netizen berkata, remaja itu sepatutnya berhenti apabila diarahkan berbuat demikian, bukannya terus melarikan diri.


Apa pun kesalahan yang anda lakukan, jangan bahayakan nyawa diri sendiri. Terimalah saman dari pihak berkuasa dengan hati yang terbuka kalau nak hidup lama. 

Sumber: IKBJ

About Cite Malaya

Powered by Blogger.