Loading...
TR

Pemandu teksi maut dipukul rakan kerana berebut isi NGV


Seorang pemandu teksi berusia 61 tahun maut setelah dipukul oleh rakannya sendiri dalam pergaduhan yang berlaku hari ini di sebuah stesen minyak. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, mangsa maut selepas dipercayai dipukul rakannya akibat tidka berpuas hati apabila salah seorang memotong barisan untuk mengisi gas asli kenderaan (NGV). 

Menurut saksi kejadian, Imran, 40, dia ketika itu baru sampai dan tidak tahu apa punca dua pemandu teksi itu bergaduh. 

"Ketika kejadian, saya baru sampai dan saya tidak tahu mereka sebenarnya sedang bergaduh. Hanya terdapat dua teksi di pam NGV berkenaan dan saya tidak pasti apa punca pergaduhan mereka. 

"Berdasarkan perbualan kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain, namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi. 

"Mayat warga tempatan yang bekerja sebagai pemandu teksi itu ditemui terbaring di tempat kejadian. Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bergelut dengan seorang lagi pemandu teksi berusia 65 tahun. 

"Mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk dibedah siasat. 

"Suspek ditahan dan dibawa ke Balai POlis Cheras untuk siasatan lanjut," katanya selain akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

About Cite Malaya

Powered by Blogger.