Sebelum itu, perosak rumah tangga itu ditampar oleh si isteri di hadapan suaminya. Bengang melihat tindakan isterinya, lelaki itu segera mengambil kayu dan mengancam mahu memukul dan menghalau isterinya dari tempat itu, sambil disaksikan oleh penduduk lain.
Kejadian itu juga dirakam oleh rakan si isteri menunjukkan pertengkaran di antara kedua-dua pihak.
Berdasarkan video, si isteri bersama dengan beberapa rakannya datang menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menjadi tempat suaminya untuk melampias nafsu.
Ketika berdepan dengan dua pasangan itu, si isteri berkata, "Kau tahu tak, dia tu masih suami aku!".
Si suami yang memakai seluar pendek hanya melihat isterinya yang sedang marah. Malah dia meminta isterinya masih ke dalam rumah untuk berbincang kerana malu apabila penduduk sekitar mula datang melihat apa yang berlaku.
"Sudah, masuk ke dalam dulu," katanya.
Setelah masuk, si isteri mengheret keluar kekasih suaminya sambil dibantu oleh rakan yang turut mengerjakan perampas itu. Gagal mengawal kemarahan, maka hinggaplah satu tamparan kuat di pipi perampas itu.
Tidak puas hati melihat isterinya sudah melampau, lelaki itu mengambil kayu di depan rumah lalu mengejar dan mengancam mahu memukul isterinya sebelum menghalaunya keluar dari rumah itu.
Bimbang dicederakan, isteri dan rakan-rakannya pun beredar dan salah seorang daripada mereka sempat menunjal kepala si perampas.
Sementara itu netizen menasihatkan si isteri membuat laporan polis agar kedua-duanya dikenakan tindakan.
Sumber: Sosok, Redaksi Netijen