Loading...
TR

'Nak saman awat tak tunggu luar pagar, walaupun nak tunjuk power pun' - Ibu bapa bengang polis saman anak mereka di sekolah tapi...


Viral di media sosial semalam bantahan dari seorang pengguna Facebook terhadap tindakan pihak berkuasa mengeluarkan saman terhadap pelajar sekolah di dalam kawasan sekolah.

Menurut wanita itu, pihak PIBG sekolah tersebut membantah dan mendakwa anggota polis trafik terbabit mahu menunjuk kuasanya. 

"Pihak PIBG SMK Guar Nangka membantah sekeras-kerasnya kepada pihak polis trafik yang masuk saman murid-murid sekolah di dalam kawasan sekolah. 

"Nak saman awat tak tunggu luar pagar, walaupun nak tunjuk power pun."


Postingnya itu mengundang netizen melemparkan tohmahan pada pihak polis. 



Susulan posting viral itu, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad tampil memberi penjelasan dan sekali gus menafikan dakwaan ibu bapa pelajar berkenaan kononnya polis mahu menunjuk kuasa. 

Beliau berkata, "Sebenarnya kami telah dijemput datang ke sekolah dan buat terlebih dahulu program advokasi kepada para pelajar sekolah. 

"Selepas itu barulah kami akan datang ke sekolah untuk buat operasi melalui Op Didik. Tidak sewenangnya terus buat operasi dan saman. 

"Lebih 60 saman dikeluarkan dan kebanyakannya adalah kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, termasuk saman terhadap pemilik kenderaan. 

"Saman yang kita keluarkan adalah lebih kepada mendidik ibu bapa tentang pentingnya anak-anak mereka mempunyai lesen memandu terlebih dahulu. Keselamatan anak-anak perlu diutamakan," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.