Viral di media sosial baru-baru ini, video dua lelaki keluar dari kereta kerana bengang ada pemandu kenderaan berat yang menghalang mereka dari menggunakan lorong kecemasan.
Berdasarkan video berdurasi 3 minit 37 saat itu, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih menyalahgunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri. Namun apabila kereta rakannya, Proton Satria cuba menggunakan lorong itu, dihalang oleh pemandu lori.
Pemandu Toyota Vios itu sanggup memperlahankan kenderaannya untuk menunggu rakannya di belakang. Sehingga keadaan jalan kembali lancar, dua buah kenderaan itu berhenti di depan lori itu secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, kekecohan itu dileraikan oleh penunggang motosikal yang menasihati mereka untuk beredar dari terus menghalang perjalanan pengguna jalan raya lain.
Di media sosial, netizen menyelar tindakan dua pemandu kereta itu yang jelas sekali melakukan kesalahan menyalahguna lorong kecemasan dan berlagak samseng di jalan raya.