Loading...
TR

'Buat hal kat Perak, sampai ke Banting polis buru Samseng Kemam Lidah' - Suspek Road Bully telah ditahan


Susulan viral video 'road bully' yang hampir terjelir lidahnya kerana geram dengan pemandu lori menghalang mereka dari menggunakan lorong kecemasan, polis telah menahan dua suspek terbabit. 

"Team Skuad 42 JSPT IPK Perak bersama BSPTD Kuala Langat telah berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki di Banting, Selangor yang dikesan terlibat dalam satu kejadian buli jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan (Gua Tempurung) yang viral dalam satu rakaman video di Facebook.

"Dalam rakaman video tersebut jelas (suspek) membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Tiada sebarang pergaduhan dan kecederaan dalam kejadian tersebut. 

"Pemandu kereta tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata sumber. 

Justeru, JSPT IPK Perak menyarankan para pengguna jalan raya mengikuti beberapa nasihat apabila berdepan dengan pembuli jalan raya:
  • Bertenang dan kekalkan cara pemanduan yang selamat.
  • Jangan melibatkan diri dengan pemandu yang agresif iaitu dengan cara memberi tindak balas yang agresif atau melulu.
  • Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat antara kenderaan anda dan kenderaan lain.
  • Jangan berhadapan dengan pembuli jalan raya atau melakukan apa-apa perkara seperti ungkapan, tingkah laku mahupun sikap yang boleh menimbulkan kemarahan pembuli jalan raya tersebut. 
  • Mencatat nombor pendaftaran kenderaan pembuli jalan raya tersebut dan laporkan kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya boleh diambil. 

Semalam viral di media sosial video dua suspek yang bengang dengan pemandu lori menghalang mereka menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri. Malah salah seorang suspek mengambil alat pengunci stereng untuk mengancam mencederakan pemandu lori. 

Bagaimanapun kekecohan itu dileraikan oleh penunggang motosikal yang menasihatkan suspek untuk beredar dari terus menghalang kelancaran lalu lintas. 


LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.