Loading...
TR

'Program Sarapan Pagi (PSP) diteruskan, hanya untuk pelajar tidak berkemampuan sahaja' - PM


Tahun lalu, bekas menteri pendidikan Dr Maszlee mengumumkan akan memperkenal Program Sarapan Pagi (PSP) bagi membantu 2.7 juta murid sekolah rendah, agar dapat menikmati sajian sarapan yang berkhasiat secara percuma mulai 2020. 

Laporan awal mengatakan, fasa pertama akan mula dilaksanakan pada 20 Januari ini membabitkan 100 buah sekolah rendah di seluruh negara dengan kos perlaksanaan dianggarkan RM22 juta. 

Dalam perkembangan terkini mengenai PSP, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan untuk sementara memaklumkan bantuan itu akan diteruskan dan hanya dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan. 

Ini kerana katanya, adalah tidak adil jika bantuan PSP itu turut diberi kepada anak golongan kaya, sedang mereka mempunyai makanan yang mencukupi di rumah. 

"Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu. Tetapi nak bagi kepada semua bermakna mereka yang ada duit, kaya dan makan di rumah banyak pun dapat juga. Itu tidak adil. 

"Kita akan teruskan yang ada sekarang dan kita akan tambah mereka yang berhak untuk dapat sarapan pagi," katanya. 

Sumber: MalaysiaKini

About Cite Malaya

Powered by Blogger.