Loading...
TR

'Mentang-mentang aku orang tua...' - Cashier kantoi aniaya pelanggan RM42.90


Bekerja menjadi juruwang di kaunter adalah satu tugas yang berat dan memerlukan kejujuran yang tahap tinggi. Tetapi bagi cashier ini pula lebih rela mengambil kesempatan dengan menganiaya pelanggan. 

Tiada langsung rasa bersalah, malah tergamak menganiaya warga emas untuk membayar barangan yang tidak dibeli oleh mangsa. 

CERITANYA macam ni. Mak saya pergi berbelanja di pasar raya sekian ini, bayar dengan jumlah banyak sedangkan hanya beli beberapa barang sahaja. Perhatikan resit di bawah terlebih dahulu. 

Nak dijadikan cerita, sebelum mak saya keluar dari pasar raya itu, baru sampai kedai cermin mata, guard pun nampak mak saya berpatah balik nak refer ke cashier tetapi dihalang oleh guard dengan alasan tak boleh bawa barang masuk, sedangkan itu barang pasar raya itu sendiri. 

Kemudian, mak nak berjumpa dengan pengurus. Tetapi alasan yang diberi, tak boleh. Nak jumpa manager, alasan tak ada. Nak jumpa supervisor pun sama juga. Bermacam-macam alasan yang guard itu berikan. 

Setelah disokong oleh para pengunjung di pasar raya itu, akhirnya mak saya dibenarkan masuk untuk berjumpa dengan cashier berkenaan. 


Rujuk gambar pertama yang bertanya 'X', adalah jenis barang yang telah discan tanpa rasa bersalah. Contoh seperti medical soap, gula pasir, cover buku latihan beli satu, tapi discan dua unit, halia, bra (sejak bila mak saya beli bra kat target), colour stick dan sugar cracker. 


Rujuk gambar kedua, barang sebenar yang mak beli dengan harga sekian. Kesemua extra RM42.90 mak yang kena bayar. Kalau satu, mungkin kita boleh anggap ia satu kesilapan. Tetapi kalau banyak begini, bagaimana nak cakap? 

Kesimpulannya, berhati-hati apabila berbelanja di pasar raya. Sentiasa periksa dan pastikan anda hanya membayar barang-barang yang anda beli.

Nota Kaki: Mak saya kata, "Mentang-mentang aku ni orang tua, senang-senang je nak dibodohkan". Mak saya pesan lagi, kalau nak tipu ke what so ever, cukuplah scan satu seorang satu barang. Cukup 100 orang kan dah banyak. Jangan seorang customer. Kau scan tipu sampai banyak barang, kan dah jadi macam ni (kantoi). 

Even kau (cashier) minta maaf atau tidak, ini pengajaran untuk kau dan juga untuk orang lain supaya berhati-hati. Susah nak cari duit di zaman sekarang ini, semua nak berkira-kira ui. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.