Loading...
TR

Ibu paksa anak minum racun selepas bertengkar dengan suami


Seorang ibu muda dari Sichuan, China mengalami tekanan melampau selepas bertengkar dengan suaminya sehingga memaksa diri dan anak lelakinya berusia tiga tahun minum racun, menyebabkan kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital. 

Liu, suami kepada wanita berkenaan menerima panggilan dari pihak hospital pada jam 7 malam 9 Januari 2020, memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan kritikal. 

Disebabkan hopsital di Sichuan tidak mempunyai peralatan perubatan yang mencukupi, mangsa dihantar ke hospital di Chengdu, untuk mendapatkan rawatan. 

Menurut Liu, isterinya telah meneguk racun itu sebanyak tiga penutup botol, manakala anaknya hanya sekali sahaja.  

Liu memaklumkan kepada pihak berkuasa yang rumah tangganya berantakan dan kerap bertengkar dengan isterinya sejak empat tahun lalu. 

Liu juga sudah dua tahun tidak tinggal bersama isterinya kerana sibuk dengan kerja dan hanya pulang ke rumah keluarganya tahun lalu. Selain itu, mereka juga kerap bertengkar mengenai masalah kewangan. 

Liu menjelaskan, isterinya kerap meminta wang dan pernah meminta diceraikan serta mahu hak penjagaan anak diberikan kepadanya. Liu mengaku, malam sebelum kejadian itu, 8 Januari 2020, mereka ada bertengkar, yang dipercayai menjadi punca wanita itu nekad bertindak meminum racun. 

Bagaimanapun, kakak kepada wanita itu tidak percaya adiknya sanggup berbuat demikian kerana mangsa amat menyayangi anaknya. Malah menuduh adik iparnya yang memaksa dua mangsa minum racun. 

Tetapi, Liu diberitahu oleh anaknya yang dia dipaksa oleh ibunya untuk minum racun tersebut. Liu turut mempunyai bukti yang anaknya telah didera sehingga meninggalkan kesan-kesan lebam di seluruh badan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.