Loading...
TR

'Mereka tak nak turun, alasan nak jaga baby..' - Suami isteri nekad bawa jenazah anak pulang dengan menaiki bas ekspres sebab tak mampu sewa van jenazah


Terasa sayu membaca perkongsian dari aktivis sosial ini. Pasangan yang baru kehilangan anak, terpaksa pula berdepan dengan masalah lain ketika cuba membawa jenazah anak mereka pulang ke kampung. Wang yang ada, tidak mencukupi. Hanya mampu untuk membeli tiket bas ekspress. 

Mujur ada individu yang sudi membantu pasangan ini menghubungi Kuan Chee Heng, yang kemudian bergegas datang membantu menghantar pasangan berkenaan, bagi meringankan bebanan mereka.

SENJA. Di perkarangan bilik mayat hospital, ibu kendong jenazah baby bersama suami. Operation baby gagal dan disahkan meninggal dunia. Sudah empat bulan berada di hospital. Mereka ingin naik bas ekspres untuk pulang ke Kulim, Kedah kerana mereka tidak mampu menyewa van jenazah. 

Bayangkan keperitan yang mereka lalui pada masa itu. Wang untuk beli tiket bas ekspres pun atas sumbangan dari nurse di wad hospital. Nak makan, duit pun tak ada. Kedai makan dalam hospital pun sudah tutup selepas jam 7 malam. 

Mereka nekad nak membawa pulang baby yang sudah meninggal dunia itu dengan menaiki bas ekspres dengan duit beli tiket yang ngam-ngam ada. 

Telefon saya berdering, abang sado dari bilik mayat menceritakan perkara sedih itu di hadapan pintu bilik mayat. Dia beritahu saya tentang keadaan sebenar pasangan itu. 

Saya penat, tetapi saya minta Tuhan bagi saya kekuatan. Dengan partner saya, Serena, kami yang juga belum balik ke rumah untuk mandi, terus ambil van jenazah pecut ke Hospital Serdang. Kami bawa baby balik. 

Di pertengahan jalan, kami berhenti untuk memberi laluan kepada ayah dan mak baby makan. Mereka enggan turun, alasan nak jaga baby. 

Saya seluk saku dan beri wang. Barulah si suami bergegas pergi membeli makanan. Mereka enggan makan sebab tiada duit, bukan disebabkan baby. Sedih. 

Inilah pengalaman-pengalaman yang pernah saya lalui. Sedih. Namun saya akan terus melangkah tanpa gostan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan bantuan dari diri kita. 

Siapa kita, segagah mana pun kita, selagi kita belum mati dan berangan di dunia sehingga kita kaku, kita juga akan dibantu. 

Terima kasih kepada yang membaca. Ini adalah pengalaman, yang boleh menginsafkan diri kita. Buatlah yang mana perlu dan hidup di dunia ini jangan kita abaikan mereka yang memerlukan kita. Salam hormat dari Uncle Kentang. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.