Loading...
TR

'Hanya kerna isteri no 2, aku dihina?' - Isteri kedua Encik Farhan luah perasaan terkilan


Biarpun akaun Instagramnya telah ditetapkan kepada mode 'private', masih ada netizen yang dapat membaca segala kemaskini terbaru isteri kedua Encik Farhan di laman itu. 

Pada 27 November lalu, Dr Erin berkata dia mengambil masa untuk memikirkan di mana salah silapnya sehingga dia dihina dengan begitu hebat oleh netizen. 

"Merenung terfikir di mana salahnya hanya kerna nombor 2 aku dihina?? If nombor 1, mungkin aku plak dibela. 

"Nombor 2 ni tak pernah elok di mata masyarakat. Nama pun nombor 2, orang nak nombor 1 je. First time in my life aku mengalah jadi nombor 2. Selalu nak nombor 1 je. Allah maha membolak-balikkan hati hambaNya mengikut kehendakNya," katanya. 

Dalam pada itu juga, Dr Erin meluahkan bahawa dia tidak sabar menunggu kelahiran baby barunya kelak. 

"Tak sabarnya nak tunggu kelahiran baby baru kita nanti. Berapa ekor kambing nak tumbang ni masa kenduri nanti." 


Perkhabaran Encik Farhan berkahwin dengan Dr Erin menjadi perbualan hangat netizen di media sosial yang dikatakan Farhan tidak mampu menolak kerana aura wanita itu yang amat luar biasa. 

Sumber: Twitter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.