Loading...
TR

'Aku sebagai bekas pekerja, tak sarankan korang tabur fries atas tray sebab...'


Ramai yang menggemari makanan segera dan boleh dikatakan restoran makanan segera ini jarang tak dipenuhi dengan pelanggan. Disebabkan itu juga, tahap kepantasan kerja kakitangannya juga adalah amat penting bagi melancarkan operasi dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. 

Walaubagaimanapun, ada seorang individu mendedahkan mengenai satu perkara penting yang anda semua perlu tahu. Selepas mengetahui pendedahan ini, anda mungkin tidak akan melakukannya selepas ini. 

Bekas pekerja restoran makanan segera ini sendiri mengakui bahawa dulang atau tray yang telah digunakan hanya dilap dengan kain begitu sahaja. 

Dalam soal ini, ada yang bertanya, kenapa perlu risau dengan tray? Ini kerana, kebanyakan orang gemar menabur kentang goreng ke atas tray tanpa mengetahui tahap kebersihannya. 

"Aku sebagai bekas pekerja tak sarankan korang makan fries tabur atas tray tu. Tray tu just lap dengan kain je. Tak cuci pun tray tu. Harap maklum," tweet individu berkenaan pada 8 Disember 2019. 

Tweetnya itu turut disahkan oleh beberapa bekas pekerja yang lain dan harus diingatkan hal ini juga berlaku di mana-mana restoran makanan segera. 

Menurut sumber, tray hanya dibasuh selepas habis waktu beroperasi dan begitulah hari-hari yang seterusnya. Apabila tray itu dikotor dengan sisa-sisa makanan, ia hanya dilap dengan kain. 

"Orang ramai tak tahu hal-hal begini sebab mereka tidak bekerja dalam F&B," kata sumber. 

Sementara itu, netizen memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai hal ini kerana ini melibat soal tahap kebersihan. 

Semoga ramai yang lebih peka dan adalah lebih baik tidak menuangkan kentang goreng anda di atas tray. 

Sumber: Twitter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.