Loading...
TR

'Saya harap perkara ini tidak dipanjangkan lagi' - Owner butik pengantin rayu gambar viral dipadamkan


Tidak tahan dikecam netizen kerana mengadakan sesi fotografi sekumpulan model wanita di tanah perkuburan Kristian, pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, membuat sesi permohonan maaf secara langsung di Facebook semalam. 

Dalam siaran langsung 4 minit 29 saat itu, Nur Amirah mengakui kekhilafannya yang memuat naik gambar tersebut di Facebook sehingga ada yang mengecam sekumpulan model terbabit. 

"Mohon semua yang dimuat naik dipadam semula walaupun itu mustahil. Saya mengakui kekhilafan ini dan saya sendiri memuat naik gambar tidak sepatutnya. 

"Harap perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan tidak ada mana-mana pihak terbabit kecuali diri saya dipersalahkan kerana semua atas tanggungjawab saya," katanya.


Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, "Tiada larangan mengambil gambar di mana saja selagi tidak mendedahkan aurat dan melanggar syariat Islam. Namun biarlah suasana gambar itu tidak menjadi penyebab fitnah. 

"Di mana-mana saja boleh bergambar kerana tiada larangan dalam soal itu dengan syarat tidak nampak seperti memburukkan Islam atau merestui kepercayaan agama lain. Bagaimanapun, jika aktiviti itu cenderung membawa fitnah, lebih baik dielakkan," katanya. 

Bagi Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi pula berkata, perbuatan mengambil gambar di tanah perkuburan Islam atau bukan Islam untuk tujuan komersial atau sekadar suka-suka adalah dilarang dalam Islam. 

Namun, jika mengambil gambar di kawasan perkuburan untuk dijadikan sebagai kenangan supaya boleh mengenal pasti kedudukan kubur atau sebagai kenangan keinsafan untuk diri atau keluarga adalah diharuskan dengan syarat bukan untuk bersuka ria apatah lagi jika diiringi dengan senyuman atau tidak menjaga adab menziarahi kubur. 

Mengulas mengenai isu sekumpulan model memperagakan baju pengantin di tanah perkuburan Kristian, tindakan itu katanya jelas sekali memberi fitnah kepada agama Islam selain mencemar 'kesucian' atau mencemar etika kawasan perkuburan bagi orang Kristian kerana orang Kristian juga percaya bahawa kawasan perkuburan adlaah suci dan perlu menjaga batas-batas tertentu. 

"Malah orang Kristian pun ada pakaian khas untuk pergi ke kawasan perkuburan, mereka pakai baju hitam. Kita pula sebaliknya siap pakai baju kahwin," katanya. 

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor juga berpendapat, ada banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik dan tiada keperluan mencari tempat yang boleh menyebabkan orang menyangka yang bukan-bukan. 


LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.