Loading...
TR

'Saya harap korang semua boleh maafkan saya' - Lelaki bakar anjing serah diri kepada polis


Selepas viral video lelaki memukul dan membakar anjing peliharaannya dengan sengaja sehingga teruk dikecam netizen di Thailand dan Singapura, lelaki terbabit tampil memohon maaf dan menyerah diri kepada pihak polis. 

Perbuatan zalim Samuel Woo itu mengundang kemarahan netizen selepas video itu viral di media sosial sejak 3 November. 

Dalam video itu menunjukkan, Woo memukul anjing itu dengan helmet sebelum membakar bulu haiwan itu. 

5 November, Woo memohon maaf dan menjelaskan kejadian itu merupakan kali pertama berlaku dan dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi. 

Woo juga menjelaskan kejadian itu berlaku beberapa bulan lalu dan anjingnya sihat seperti biasa. 

"Saya dengan ikhlas memohon maaf dengan apa yang telah saya lakukan. Saya tidak layak menjaga anjing. Saya berjanji saya tidak akan beli anjing lagi dan tidak akan menganiaya mana-mana binatang. 

"Saya akan serah diri kepada polis dan menerima hukuman yang bakal dikenakan. Harap anda semua boleh maafkan saya," katanya. 


Dalam pada itu juga, Woo mengakui dia mengalami masalah mental dan sedang mencari bantuan perubatan. 

"Saya akan pergi mendapatkan rawatan dan makan ubat. Saya harap semua boleh maafkan saya," katanya. 


Sementara itu, anjing tersebut akan dijaga oleh teman wanita Woo, Min Min Yo. 

Bagi menyakinkan netizen, Woo memuat naik gambar dirinya menyerah diri di balai polis. 


Rata-rata netizen menerima permohonan maaf Woo dan berharap lelaki itu tidak mengulangi perbuatannya lagi. 

Sumber: Asia One

LAPORAN BERKAITAN

About Cite Malaya

Powered by Blogger.