Loading...
TR

'Sampai pecah baldi kau hentak kepala adik aku!' - Pelajar dibelasah 15 rakan asrama sehingga trauma


Seorang pelajar lelaki mengalami kecederaan dan lebam di badan akibat dibelasah sekumpulan pelajar berusia 15 tahun di asrama sekolah. 

Lokasi kejadian tidak dinyatakan namun, pihak keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian buli itu. 

Menurut maklumat dari Twitter kakak mangsa, adiknya dibelasah seramai 15 suspek dan kepalanya dihentak dengan baldi sehingga pecah yang kini menyebabkan mangsa trauma. 

Difahamkan, kesemua suspek yang terlibat telah dikenakan tindakan buang sekolah dan pihak keluarga mangsa tidak akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat. 

"Nak tahu tak yang pukul ni umur berapa? 15 tahun ye anak-anak. Sampai pecah baldi kau hentak dekat kepala adik aku. 

"Tindakan sekolah, budak-budak itu dah dibuang dan kes masih dalam siasatan polis. 

"Adik-adik please, susah-susah dapat masuk sekolah yang bagus takkan nak kecewakan mak ayah dengan kena buang disebabkan kes buli? Bukan semua orang mampu dapat peluang itu. Hancur hati mak ayah, korbankan duit dan keringat untuk masa depan anak-anak. Tak kesiankah pada mak dan ayah? 

"Sebenarnya ramai pihak yang belum ambil iktibar dari kes arwah Zulfarhan. Saya berharap pihak yang berkaitan ambil serius tentang kejadian ini selepas apa yang berlaku pada arwah Zulfarhan dulu. 

"Semalam dia (mangsa) tidur pun meracau. Whatever it is, we are trying our best untuk pulihkan semangat dia dulu. Setakat ini, pihak-pihak yang terlibat sedang usahakan penyelesaian. Apa-apa pun pihak family akan ikut prosedur dulu. 

"Kalau ikutkan hati nak balas balik, tapi itulah, negara kita ada undang-undang. Mungkin budak-budak itu kurang kasih sayang. 

"Badan berbiratlah juga kena balun dengan hanger, selipar, baldi. Kena tumbuk, pijak lagi. Dah tu hentak pula baldi di kepala sampai pecah. 15 orang weh balun dia seorang. Sudahlah sebelum PT3 hari tu kena langgar, effect di kepala. Ini di kepala lagi, semalam pun meracau. 


"Ini bahagian belakang badan. Dah pergi hospital, sebab belakang kepala dia pun bengkak. Doktor suruh pantau dalam 2-3 hari ini. Kalau ada apa-apa, terus datang ke hospital," katanya. 

Difahamkan, kejadian buli itu berlaku disebabkan motif dendam. Keluarga mangsa juga akan berjumpa dengan ibu bapa pelajar-pelajar terbabit bersama dengan pihak sekolah dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bagi mendengar penjelasan dari pihak sebelah sana agar tiada isu berat sebelah. 

"Buat masa sekarang, pihak keluarga serahkan sepenuhnya pada pihak yang bertanggungjawab dan terlibat," kata kakak mangsa.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.