Tahun 2019 dan tahun seterusnya kita masih lagi boleh berjalan-jalan dan bersiar-siar ke beberapa bandar dan pantai yang cantik di Malaysia. Tetapi tahun 2050, mungkin kita tidak lagi berpijak ke bandar tersebut kerana bandar tersebut sudah hilang dari pandangan dan yang pastinya sudah tenggelam kerana perubahan iklim!
Kajian menunjukkan, tahun 2050 beberapa bandar tidak lagi kelihatan dan menjadi sebuah pulau. Bukan sahaja di Malaysia, bandar-bandar di negara luar seperti Vietnam, Bangkok, Mumbai dan Shanghai juga lenyap. Banyak kesan yang dapat dilihat apabila situasi ini berlaku terutamanya pada projek perumahan.
KAJIAN baru menunjukkan bandar-bandar utama di Malaysia akan berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050. Negeri-negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.
Kajian ini menggunakan model CoastalDEM, pengukuran yang lebih tepat. DEM=Digital Elevation Models. Kajian terdahulu mengukur peningkatan paras air laut menggunakan model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM).
Model CoastalDEM menggurangkan kesalahan pengukuran SRTM dan menunjukkan tanah yang terjejas dengan lebih tepat, berpunca daripada perubahan iklim.
Pada tahun 2050:
- Alor Setar menjadi sebuah pulau,
- Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan lebuhraya Utara-Selatan tenggelam
- Bagan Datoh, Teluk Intan, dan Kuala Selangor lenyap
- Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil
- KLIA bertempat di sebelah pantai
Pada tahun 2050 juga:
- Muar tenggelam (konstituen @SyedSaddiq)
- Pekan juga tenggelam (konstituen @NajibRazak)
- Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
- Di Sarawak, Kuching juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
Di peringkat global, populasi Asia (70%) adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras air laut. China, 43 juta,Bangladesh 19 juta (15% daripada jumlah penduduk), Vietnam 26 juta (23%”) dan Thailand 17 juta (15% “)
Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira. Keseluruhan bahagian selatan Vietnam, termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050. Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap.
Berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah. Projek perumahan dibazirkan. Tanah perladangan rosak. Krisis kekurangan makanan melanda.
Tak kiralah parti mana yang anda sokong, orang korporat ataupun NGO, ini adalah realiti masa hadapan kita.
Kajian: “New Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding"
Diterbit oleh: "Nature Communications" nature.com/articles/s4146…
Pautan: coastal.climatecentral.org
Penulis: Scott A. Kulp, Computational Scientist from Rutgers Uni